67 Penduduk Sekitar Kawasan Sundar, Trusan Terima Bantuan Bakul Makanan PERMAI

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Sebanyak 67 penduduk di sekitar Kawasan Sundar dan Trusan telah menerima bantuan bakul makanan  di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada Isnin.

Program yang dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas itu telah diagihkan ke Kampung Seberang Kedai, Luagan Kelilang, Temarob, Lintang, Lintang Baru, Ranchangan, Sebelah Sundar, Aru, Serampang Baru, dan Tanjung Katong.

Penyerahan bantuan ini adalah untuk meringankan beban penduduk yang memerlukan terutama dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 pada masa ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment