ADUN Bukit Saban Terus Hulurkan Sumbangan Kepada Penduduk Dikenakan PKPD

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

BETONG: Sebanyak 55 pintu terdiri daripada empat buah Rumah Panjang menerima Sumbangan Bantuan Bakul Makanan daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas  berikutan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) itu pada Selasa.

Sumbangan bakul makanan tersebut diagihkan melalui pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian(JPBB) Betong diwakili oleh Lans Koperal Latip Shawal, Koperal Supatini Jiee, Sarjan Ramliee Abdul Rahim, dan Koperal Sapeie Su dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban kepada setiap Tuai Rumah Panjang tersebut.

Rumah Panjang yang terlibat menjalani PKPD adalah Rh. Uchau ak Chipot, Ulu Teru Rimbas Debak, Rh. Jepo ak Ramba, Dulang Rimbas Debak ,Rh. Nyanggau ak Chaong, Bangkit Rembai Baru Spaoh dan Rh. William Lium, Tanjong Lama Paku  Spaoh sehingga 16 september 2021.

Dalam Pada itu, Tuai Rumah dari setiap Rumah Panjang yang mewakili penduduk tersebut sempat merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan bagi meringankan bebanan mereka yang menjalani PKPD sekaligus memutuskan rantaian Wabak COVID-19 daripada terus merebak.-EDISI UKAS

Share
0

add comment