ADUN Lingga Sumbang Makanan Kepada Petugas IPD Sri Aman

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkesempatan melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman serta memberi sumbangan makanan kepada anggota polis di situ pada Isnin.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh ADUN Lingga tersebut kepada Inspektor Muhd Nadzryeen Syah bagi mewakili petugas di IPD berkenaan.

Hadir sama ke majlis tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Wanita Cawangan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Lingga. -EDISI UKAS

Share
0

add comment