ADUN Meradong Serah Geran MRP Lebih RM40,000 Di Bintangor

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Meradong,Datuk Ding Kuong Hiing telah menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM47,050 kepada 10 penerima di Bintangor.

Majlis ringkas tersebut diadakan di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Isnin.

Penerima terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan kelab di daerah Meradong.

Pada majlis tersebut, Datuk Ding Kuong Hiing berharap penerima geran dapat memanfaatkan peruntukkan tersebut bagi masa jangka panjang terutamanya dengan keadaan pandemik COVID-19 sekarang.

Turut hadir Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Meradong, John Uching, Pengerusi Persatuan Tai Lian Daerah Meradong, Ling Ming Long dan Kaunselor Ung Sing Tai serta yang lain.-EDISI UKAS

Share
0

add comment