ADUN Pantai Damai Sumbang 15 Bakul Makanan Kepada Penduduk Kuarantin Di Samariang Aman & Bandar Baru Samariang

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Sebanyak 15 pek bakul makanan sumbangan daripada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kepada penduduk yang menjalani kuarantin di Samariang Aman dan Bandar Baru Samariang pada Isnin.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh petugas Pusat Khidmat DUN Pantai Damai mewakili ADUN Pantai Damai kepada wakil penduduk yang dikenakan perintah kuarantin tersebut.

Penyerahan bakul makanan tersebut dapat mengurangkan bebanan mereka yang mejalani kuarantin sekaligus memutuskan rantaian wabak COVID-19 daripada terus merebak. -EDISI UKAS

Share
0

add comment