ADUN Piasau Saksikan Penyerahan 2 Projek RTP Naik Taraf Taman Rekreasi Dan Pembinaan Penutup Parit

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada Isnin telah melawat dan menyaksikan penyerahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada kontraktor terpilih. 

Pada lawatan pertama di Taman Delight 1A, beliau menyerahkan projek kepada kontraktor Wan Company bagi melaksanakan Naik Taraf Taman Rekreasi. 

Projek RTP Naik Taraf Taman Rekreasi ini berjumlah RM150,000 merangkumi naik taraf fasiliti untuk kanak-kanak, peralatan senaman dan lampu. 

Pada lawatan kedua, Datuk Sebastian Ting menyerahkan Projek Pembinaan Penutup Parit di Jalan Kampung Luak 1E, Miri kepada Beliron Enterprise dengan kos RM100,000.

Projek ini meliputi membina sistem perparitan tertutup sepanjang 70 meter dan pembinaan jalan seluas 1.2 meter.

Kedua-dua projek ini bermula serentak pada 6 September dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan pada 5 Disember 2021.

Hadir sama Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Leslie Lau dan Kaunselor Tan Le Jin, Seksyen Landskap MBM Ranee Sepang, Bahagian Kejuruteraan MBM Ir Daniel, Ketua Kaum Kampung Luak Abdul Rahman Bolhassan, wakil kontraktor Syarikat Wan Rita Sepang dan wakil Beliron Enterprise Hanna Beliron Ngau.-EDISI UKAS

Share
0

add comment