SELASA, 7 SEPTEMBER 2021
SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menghulurkan sumbangan bantuan makanan kepada tujuh keluarga yang menjalani kuarantin kendiri pada Selasa.
Para penerima bantuan itu adalah melibatkan penduduk dari Kampung Hulu Sebuyau, Kampung Masjid dan Kampung Hilir Sebuyau.
Sementara itu, Datuk Julaihi berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban dan memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan semasa dikuarantin.
Beliau turut mengingatkan masyarakat setempat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan pihak berkuasa memandangkan masih berlaku peningkatan jangkitan wabak COVID-19 di daerah kecil berkenaan. -EDISI UKAS