Ahli Parlimen Kota Samarahan Lawat Projek RTP Naik Taraf Dewan Desa Ilmu

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turun padang menyempurnakan penyerahan projek naik taraf Dewan Desa Ilmu yang telah siap sepenuhnya pada Selasa.

Projek naik taraf tersebut adalah menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 yang bernilai RM250,000.

Rubiah memberitahu, penduduk di Taman Desa Ilmu akan mendapat manfaat dengan kemudahan dewan untuk melakukan pelbagai aktiviti dan program mereka.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an. -EDISI UKAS

Share
0

add comment