Ahli Parlimen Tanjong Manis Tinjau Projek Rakyat, Serah Bantuan AFF

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

TANJONG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab melakukan lawatan kerja ke beberapa tapak projek yang sedang dalam perlaksanaan dan telah siap di Daerah Tanjung Manis pada Isnin.

Antara projek tersebut adalah Projek Baikpulih dan Selenggara Gelanggang Tenis Belawai (RM50,000), Naiktaraf Gelanggang Futsal Belawai (RM50,000), Naiktaraf Gelanggang Pasar Cina Belawai (RM50,000), Baikpulih serta Selenggara Tandas Surau Kampung Sedau (RM50,000).

Projek dilaksanakan di bawah Projek Pemerkasa Kerajaan Persekutuan melalui Ahli Parlimen Tanjong Manis dengan jumlah keseluruhan RM200,000.

Dalam pada itu, Ir Yusuf turut meninjau projek Penyediaan Tapak Padang Bola Sepak di Kampung Serdeng yang bernilai RM 160,000 dan dilaksanakan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 beliau.

Terdahulu, Ir Yusuf telah menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan input pertanian kepada lima peserta di bawah Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) berjumlah RM30,000.

Majlis ringkas itu dianjurkan di Pejabat Pertanian Tanjong Manis dengan penerima terdiri daripada penduduk yang mengusahakan tanaman sayur, tanaman kontan dan nanas.

Sementara itu, penerima menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang prihatin dengan masalah dan keperluan para petani yang kini sedang menghadapi situasi sukar akibat pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment