Empat Rumah Panjang Di Tatau Jalani ACD Terima Bantuan Makanan Dari JKM

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

TATAU: Sebanyak empat buah rumah panjang di Daerah Tatau yang menjalani pengesana kes secara aktif (ACD) menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajkan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu.

Antara rumah panjang yang terlibat dan menerima bantuan makana berupa makanan kering, susu, dan lampin pakai buang itu ialah Rumah Micheal Junus, Rumah Suang, Rumah Norma dan Rumah Buda.

Bantuan  makanan tersebut adalah untuk membantu penduduk di rumah panjang tersebut yang terjejas.

Turut membantu dalam penghantaran bantuan berkenaan adalah Pejabat Daerah Tatau dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tatau.-EDISI UKAS

Share
0

add comment