JKM Serian Serah 56 Pek Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kampung Mentu Mawang

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Serian menyerahkan 56 pek bantuan makanan kepada penduduk Kampung Mentu Mawang yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Isnin.

Penyerahan bantuan disampaikan kepada Ketua Kampung Mentu Mawang, Polus Gahat bagi mewakili Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 220 orang penduduk kampung tersebut.

Penduduk yang menjalani pelaksanaan PKPD bermula sejak 6 September lepas hingga 19 September ini. –EDISI UKAS

Share
0

add comment