KPDNHEP Pantau Premis Farmasi Di Mukah

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) Cawangan Mukah melakukan operasi memantau premis farmasi di sekitar Mukah pada Isnin.

Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Mukah, Salihen Den memberitahu hanya sebuah farmasi yang mempunyai bekalan kit ujian kendiri COVID-19 manakala premis yang lain masih menunggu stok.

“Setakat ini harga kit ujian kendiri tersebut sudah mula dijual dengan harga siling yang ditetapkan iaitu RM19.90.

“Semua farmasi di Mukah patuh dan prihatin dengan harga serta keperluan kit ujian kendiri bagi pengguna terutamanya  dengan keadaan semasa di Mukah,” katanya.

Selain itu, beliau mendapati pihak premis turut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan barang keperluan asas adalah mencukupi. –EDISI UKAS

Share
0

add comment