Lima Ketua Kaum Dan Seorang Penghulu Terima Cek MRP RM118,000 Di Tebedu

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

TEBEDU: Seramai lima orang ketua kaum dan seorang penghulu menerima cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tebedu pada Selasa.

Cek MRP menerusi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong tersebut yang berjumlah RM118,000 disampaikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada.

Dalam pada itu, Dr Simon menasihati semua ketua kaum yang terlibat menggunakan peruntukan dengan sebaik mungkin demi mencapai matlamat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing. –EDISI UKAS