SELASA, 7 SEPTEMBER 2021
MIRI: Bahagian Miri mencatat 118 kes positif COVID-19 pada Isnin.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam kenyataan media berkata, Daerah Miri mencatat 72 kes, Daerah Subis 43 kes dan Daerah Beluru 3 kes, manakala Daerah Marudi dan Telang Usan tiada kes.
Dalam pada itu, dua kluster baharu turut direkodkan iaitu Kluster Jalan Bulan Sabit dan Kluster Sawit 16.
Kluster Jalan Bulan Sabit merupakan kluster tempat kerja di Daerah Miri yang dikesan melibatkan sebuah restoran makanan segera yang terletak di jalan tersebut dan Kluster Sawit 16 merupakan kluster tempat kerja di Daerah Beluru yang dikesan melibatkan sebuah kilang pemprosesan minyak sawit mentah.
Kesemua kes positif COVID-19 telah dimasukkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Miri untuk tujuan rawatan lanjut, pengasingan dan pemantauan. Semua kontak rapat telah diberikan perintah kuarantin dan dipasangkan gelang pemantauan.
Sehingga 6 September 2021, Bahagian Miri mempunyai 15 kluster aktif, iaitu Kluster Lunyim (186 kes), Kluster Tembok Miri (410 kes), Kluster Jambatan Lemua (26 kes), Kluster Mega Suai (245 kes), Kluster Sungai Menok (46 kes), Kluster Jalan Lembah Hijau (74 kes), Kluster Mas Sawai (163 kes), Kluster Jero Gelasah (72 kes), Kluster Ladang 0004 Kuala Baram (50 kes), Kluster Ladang Hijau 01 (32 kes), Kluster Belinggai Ulu Niah (173 kes), Kluster Maxbi Libai (96 kes), Kluster Sawit Gelasah (30 kes), Kluster Jalan Bulan Sabit (17 kes) dan Kluster Sawit 16 (13 kes).-EDISI UKAS