MIS Benarkan Solat Jumaat Sementara Di 5 Buah Surau Di Daerah Limbang

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

LIMBANG: Majlis Islam Sarawak (MIS) telah memberikan kebenaran kepada 5 buah surau di Daerah Limbang untuk mendirikan solat Jumaat sementara berkuatkuasa 10 September ini sehingga 31 Disember 2021. 

Kebenaran ini telah dimaklumkan kepada surau terpilih pada Isnin susulan pelaksanaan Proklamasi Darurat Negeri Sarawak dan kini berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Lima buah surau terlibat ialah Surau Darul Hidayah Kampung Patiambun, Surau Ar Raudhah Taman Desa Pabahanan, Surau Setia Muafakat Kampung Buangsiol, Surau Baitur Rahmah RPR Batu Biah dan Surau Al Muqarrabin Kampung Nauran. 

Pelaksanaan solat Jumaat ini hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengimarahan Masjid atau Surau Seluruh Negeri Sarawak seperti yang dikeluarkan MIS. 

Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini, seramai 100 jemaah sahaja dibenarkan menunaikan ‘Solat Lima Waktu’ di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Masjid Bahagian, Daerah, Daerah Kecil dan Masjid Kariah, manakala Surau pula jumlah jemaah yang dibenarkan tidak melebihi 50 orang.-EDISI UKAS

Share
0

add comment