SELASA, 7 SEPTEMBER 2021
TEBEDU: Hasrat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) Kampung Pichin untuk memiliki kemudahan jalan raya yang sempurna sejak dua tahun lepas akhirnya tercapai setelah projek menaik taraf Jalan Siluang B Kampung Pichin mula dilaksanakan pada Isnin.
Pelaksanaan projek tersebut akan memberikan manfaat kepada penduduk kampung yang berulang alik dari kebun ke bandar.
Sementara itu, penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada JKKK yang berusaha dalam membawa pembangunan ke kawasan kampung tersebut. –EDISI UKAS