Rumah Penduduk Kampung Cina Dinaiki Air Sedalam Tiga Kaki

SELASA 7 SEPTEMBER 2021

MARUDI: Penempatan penduduk di Kampung Cina mula dinaiki air sedalam tiga kaki sejak lewat petang Ahad.

Menerusi tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Selasa, air mula memasuki ke kediaman penduduk dan melimpah ke bilik.

Antara penempatan yang terjejas ialah di Jalan Bomba melibatkan enam pintu, Jalan Melor (10 pintu) dan Jalan Mawar (13 pintu).

Menurut Ketua Kaum, Kapitan Chin Fung Yung, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk supaya menjaga keselamatan mereka khususnya pada musim banjir ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment