Seramai 44 Ketua Isi Rumah Di Entulang Danau dan Gua Dunggat Terima Bantuan Makanan

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

BUKIT BEGUNAN: Seramai 44 Ketua Isi Rumah (KIR) dari dua rumah panjang yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Entulang Danau dan Gua Dunggat menerima sumbangan bantuan makanan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Antara rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Panjang Noria, Entulang Danau dan Rumah Panjang Edwin, Gua Dungat Sri Aman.

Penyerahan bantuan makanan tersebut diserahkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di kawasan tersebut untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, pihak Pusat Khidmat DUN Bukit Begunan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban penduduk yang dikenakan arahan PKPD sekaligus memutuskan rantaian wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment