SUFC Perlu Tunggu, Perebutan Juara Liga Premier Kembali Terbuka

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Perebutan kejuaraan Liga Premier 2021 kembali terbuka luas selepas kekalahan mengejut pendahulu liga, Sarawak United FC (SUFC) di tangan Kuching City FC (KCFC).

Dalam aksi berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Selasa, SUFC dikejutkan KCFC dengan jaringan 1-0.

Meskipun menurunkan barisan terbaik dalam usaha memburu kemenangan untuk mencerahkan peluang merangkul kejuaraan, SUFC sukar untuk menembusi benteng KCFC.

Sebaliknya, tuah memihak KCFC apabila pemain gantian, Mohamad Alif Hassan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 untuk meraih tiga mata penuh.

SUFC kini perlu memenangi baki dua perlawanan menentang Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim II untuk mengesahkan kejuaraan Liga Premier. – EDISI UKAS

Share
0

add comment