Tempoh Memperbaharui Lesen Dan Cukai Jalan Dilanjutkan Sehingga 31 Disember Ini

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Kementerian Pengangkutan Malaysia bersetuju memberikan kelonggaran kepada pemegang lesen memandu untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan sehingga 31 Disember ini. 

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Sum Agong, insuran kereta masih berkuatkuasa dan perlu diperbaharui.

“Semua pemegang lesen memandu dan cukai jalan diberikan kelonggaran sehingga hujung tahun ini sebagai tarikh akhir memperbaharui mana-mana lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

“Tindakan udang-undang semasa penguatkuasaan tidak boleh diambil pihak berkaitan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Traffik.

“Bagaimanapun, insuran kereta masih berkuatkuasa dan perlu diperbaharui kerana jika berlaku kemalangan urusan tuntutan  boleh dilakukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Lawatan Mesra Bersama Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Lawas pada Isnin. 

Terdahulu, beliau telah diberikan taklimat berkenaan operasi JPD Daerah Lawas oleh Pegawai JPJ Daerah Lawas Teresa Baru. 

Mengenai kekurangan pegawai dan keperluan di JPJ Daerah Lawas, Dato Henry akan membawa perkara ini Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan. 

Dalam perkara berkaitan, beliau yang juga Ahli Parlimen Lawas turut memberitahu saman terpilih selain saman jenayah dan tindakan mahkamah boleh dibayar di mana-mana Pejabat Cawangan JPJ berdekatan sebelum 18 September ini.

“Pesalah yang dikenakan saman terpilih sebelum ini boleh membuat pembayaran di mana-mana Pejabat Cawangan JPJ berdekatan dengan kadar pengurangan sehingga 70 peratus dari jumlah saman dikenakan sebelum ini,” ujarnya. 

Sementara itu, urusan memperbaharui lesen dan cukai jalan di Daerah Lawas diberikan kelonggaran secara ‘walk-in’ tanpa perlu melakukan janji temu yang dikehendaki sebelum ini.-EDISI UKAS 

Share
0

add comment