RABU, 8 SEPTEMBER 2021
LAWAS: Seramai 123 orang penduduk sekitar Siang-Siang dan Trusan menerima bantuan bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada Selasa.
Program yang dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas itu telah diagihkan ke kampung Lumut, Siang-siang, Siang-siang Laut, Siang-siang Lama, Belunad, Pekan Trusan, Gelapas, Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Balai, Gelapas Laut, Kampung Dato Pengiran, Banganga, Tang Lipi, Long Talis, Long Sebulu, Beriwan Tengah, Tunas Baru, Long Bidang, Pa’ Lobo, Bukit Batu dan Kampung Beriwan Kito.
Penyerahan bantuan ini adalah untuk meringankan beban penduduk yang memerlukan terutama dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 pada masa ini.
Penghantaran bantuan makanan telah dilakukan oleh lima orang anggota JKM dengan dibantu tiga orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan tiga orang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)-EDISI UKAS