RABU, 8 SEPTEMBER 2021
LUBOK ANTU: Seramai 340 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Rabu.
Penerima vaksinasi adalah melibatkan 179 orang pelajar Tingkatan 4 dan 161 orang pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut.
Proses vaksinasi dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sri Aman dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurut laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu, terdapat sebahagian pelajar yang belum dapat menghadirkan diri bagi mendapatkan vaksinasi berikutan terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 14 buah rumah panjang daerah Lubok Antu. –EDISI UKAS