478 Bungkus Bantuan Makanan Dihantar Kepada Penduduk Terjejas Banjir

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

MULU: Penduduk rumah panjang di kawasan Puyut Lubuk Nibong yang terjejas akibat banjir telah menerima bantuan makanan sebanyak 478 bungkus pada Selasa.

Antara kampung yang terlibat ialah Lubuk Nibong Bazaar Lama, Rumah Entika, Puyut A, Rumah Lajang Jemat, Puyut B, Rumah Ubie Kuala Ridan, Rumah Sumbang Stapang E, Rumah Gau Stapang D, Rumah Jamet Stapang A, Rumah Kiam Logan Entasan, Rumah Micheal Bigol Logan Entasan dan Kampung Padang Kerbau.

Bantuan tersebut sumbangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi yang diagihkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi dan telah dihantar Majlis Daerah Marudi.

Bantuan makanan itu dapat dihantar memandangkan kawasan yang terjejas telah pulih sepenuhnya.-EDISI UKAS

Share
0

add comment