70 Individu Jalani Saringan Kontak Rapat COVID-19 Di Zon Sebangan

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

SEBANGAN: Seramai 70 orang individu telah menjalani saringan COVID-19, bertempat di Klinik Kesihatan Sebangan pada Selasa.

Menurut Pegawai Menguasa Klinik Kesihatan Sebangan, Dr. Nurul Huda Aziz, kebanyakan golongan yang menjalani saringan pada hari tersebut merupakan golongan yang kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Katanya, pelaksanaan program tersebut adalah untuk mengesan mereka yang positif, namun tidak bergejala.

“Semua individu yang membuat saringan dipakaikan gelang kuarantin dan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing sehingga keputusan ujian calitan diperoleh.

“Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menurunkan jumlah kes COVID-19 dengan memutuskan rantaian jangkitan dalam kalangan komuniti,” jelasnya.

Pemantauan keseluruhan mendapati segalanya berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-EDISI UKAS