741 Pelajar Divaksinasi Di PPV Dewan Masyarakat Serian

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Seramai 741 orang pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di Serian menerima suntikan vaksin bagi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Serian pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Serian, Dr Edmund Shin Chin Vui berkata, pihak pengurusan sekolah telah menyusun jadual kehadiran pelajar yang layak.

Jelasnya, langkah tersebut amat membantu kelancaran proses pemberian vaksin jenis Pfizer yang sama seperti diberikan kepada individu dewasa.

“Bagi esok (9 September), PPV Serian akan menerima seramai 670 orang pelajar dari SMK Taee dan SMK Tarat dan pada 10 September giliran 607 orang pelajar dari SMK Balai Ringin dan Sekolah Menengah Awam Serian akan diberi vaksin.

“Mana-mana pelajar yang menjalani kurantin dan kurang sihat tidak dibenarkan hadir menerima vaksin dan kemungkinan bilangan sebenar yang divaksin untuk tiga hari program adalah kurang,” katanya ketika ditemui UKAS pada Rabu.

Dr Edmund menambah, kehadiran ibu bapa yang menemani anak-anak masing memperlihatkan tahap sokongan yang tinggi bagi program vaksinasi di kalangan pelajar berusia 16 hingga 17 tahun.

“Vaksinasi merupakan jalan keluar terbaik untuk membolehkan anak-anak dapat kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka dengan guru-guru dan tidak lagi hanya melalui Pengajaran dan Pembelajran di Rumah (PdPR),” jelasnya. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia