RABU, 8 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Prihatin dengan nasib rakyat di kawasannya yang sedang menjalani kuarantin kendiri di Batu 6 dan Batu 9, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang terus memberi sumbangan sebanyak 40 bantuan pek makanan pada Rabu.
Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada wakil kampung untuk diagihkan kepada penduduk kampung masing-masing,
Khere Chiang berharap bantuan tersebut dapat membantu mereka yang terjejas semasa menjalani tempoh kuarantin.
Manakala, wakil penerima mengucapkan penghargaan di atas bantuan makanan itu dan keprihatinan ADUN Batu Kitang.-EDISI UKAS