ADUN Lingga Santuni Warga Emas Di Kampung Hulu Sri Aman

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG: Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri turun padang menyantuni warga emas yang terlantar sakit di Kampung Hulu Sri Aman pada Selasa.

Beliau telah melawat dua warga emas dari kampung tersebut iaitu Morni Marzuki berusia 86 tahun dan Rajali Sabli berusia 77 tahun.

Dalam pada itu, Simoi turut menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban keluarga mereka.

Beliau juga berharap agar kedua-dua warga emas tersebut sentiasa dilindungi daripada jangkitan COVID-19. –EDISI UKAS

Share
0

add comment