ADUN Pakan Hulur Bantuan Bekalan Makanan Kepada Penduduk Dikenakan PKPD

RABU, 8 September 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom telah tampil membantu menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk lima buah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pakan.

Penerima terdiri daripada penduduk Rumah Guntor, Sungai Kepayang, Rh George, Nanga Nansang, Rh Matu, Batu 3, Rh Brayun, Tugong dan Rh Kilat, Tugong.

Bantuan tersebut dihantar Pusat Khidmat ADUN Pakan kepada setiap tuai rumah dan pihak RELA yang bertugas untuk diagihkan kepada penduduk pada Selasa.

Dalam pada itu, tuai rumah dari setiap rumah panjang merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri William Mawan atas keprihatinan beliau menyumbang bantuan bekalan makanan tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment