Ahli Parlimen Kota Samarahan Tinjau Projek Naik Taraf Lorong Kampung Stakan Melayu

RABU, 8 SEPETEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang telah melakukan lawatan ke tapak projek menaik taraf jalan Lorong Kampung Stakan Melayu pada Selasa.

Projek menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) bernilai RM372,000 telah siap sepenuhnya pada 23 April lepas.

Rubiah berkata, lawatan tersebut adalah bagi memastikan pematuhan kriteria yang ditetapkan dalam menyediakan jalan yang selamat dan selesa kepada penduduk setempat.

Hadir sama, Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan.–EDISI UKAS

Share
0

add comment