Ahli Parlimen Kota Samarahan Tinjau Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Lorong Kampung Pengkalan Kuap

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turun padang meninjau projek prasarana bagi melebarkan jalan Lorong Kampung Pengkalan Kuap, pada Selasa.

Projek menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM50,000 tersebut sedang giat dilaksanakan secara gotong-royong Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) Kampung Pengkalan Kuap.

Dalam pada itu, Rubiah turut melakukan tinjauan projek menaik taraf jalan kampung berkenaan yang telah siap sepenuhnya pada 23 April lepas menerusi peruntukan RTP berjumlah RM591,000.

Turut hadir sama, Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an dan Penghulu Kampung Pengkalan Kuap, Buhari Abu Sapian.–EDISI UKAS

Share
0

add comment