Ahli Parlimen Tanjong Manis Tinjau Projek PMR

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

Ahli Parlimen Tanjong Manis Tinjau Projek PMR

TANJONG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab meneruskan komitmen beliau turun padang bagi meninjau tapak Projek Mesra Rakyat (PMR) di Daerah Tanjung Manis.

Pada Rabu, beliau telah meninjau Projek Menaiktaraf Gelanggang Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Stalon yang menelan kos sebanyak RM 100,000, Projek Bina Baharu Tapak Kenderaan SK Abang Gesa (RM 100,000) dan Projek Baikpulih Jalan dan Bina Baharu Bumbung di SK Abang Buyuk (RM 100,000).

Peruntukan bagi projek-projek tersebut adalah daripada Kerajaan Pusat dan disalur melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO).

Objektif pelaksanaan projek sebagai usaha meningkatkan kemudahan yang sedia ada dan dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya.

Hadir sama dalam lawatan tersebut Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah, Penolong Jurutera Awam (SDO Sibu), Mohammed Haliman Sahidin serta yang lain. -EDISI UKAS

Share
0

add comment