Banjir Mula Surut Tetapi Masih Merbahaya, Penduduk Digesa Terus Berwaspada

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

MARUDI: Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Marudi yang diketuai pengerusinya Norlila Ulis bersama beberapa agensi di keselamatan telah meninjau beberapa kawasan di sepanjang Sungai Baram yang terjejas akibat banjir. 

Sepanjang pemantauan, didapati keadaan banjir mula surut, tetapi keadaan masih lagi merbahaya disebabkan air masih tinggi. 

“Keadaan di sini agak surut sedikit berbanding dengan sebelum ini (semalam), tetapi keadaan masih merbahaya. 

“Kita juga akan meninjau kawasan-kawasan yang lain Kampung Benawa, Rh Mugang Tanjung Upar, Rh Vincent Tanjung Upar, Rh Jipun Sungai Gaong, Kampung Lubuk Tumau, Kampung Seberang Lubuk Nibong dan Kampung Lubuk Nibung Bazaar,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan pemantauan kawasan terjejas banjir di Kampung Kuala Tutoh pada Selasa.

Dalam pada itu, Norlila menggesa penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Baram dan Sungai Tutoh berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dan menghubungi segera agensi keselamatan untuk bantuan kecemasan. 

Banjir yang berlaku sejak tiga hari lepas telah mengakibatkan Pekan Marudi dinaiki air dan perkhidmatan feri juga ditangguhkan memandangkan keadaan air merbahaya.

“Saya juga ingin menasihati semua penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Tutoh dan Sungai Baram supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi agensi keselamatan khasnya pihak Bomba khasnya untuk bantuan-bantuan kecemasan,” katanya. 

Dalam pada itu, paras air di Pekan Marudi masih lagi tinggi sedalam 3.99 meter dan sangat merbahaya disebabkan air dari Hulu Sungai Baram melimpah ke Pekan Marudi.

Beliau turut menggesa penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Baram dan Sungai Tutoh berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dan menghubungi segera agensi keselamatan untuk bantuan kecemasan.

Hadir sama Ketua Balai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Marudi Maureen Sim Ah Lian, Pegawai Pertahanan Awan Bahagian Miri Usman Harto dan Pegawai Menguasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Marudi Jimmy Francis Mabong.-EDISI UKAS

Share
0

add comment