Persatuan Tabib Dan Perubatan Cina Sarawak Sumbang Bantuan Makanan Di Batu Kitang

8 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Persatuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah menyumbang makanan kepada penduduk yang dikenakan perintah kuarantin kendiri di rumah di kawasan Batu Kitang.

Simbolik penyerahan sumbangan sebanyak 400 kotak mi segera dan 400 bungkus beras (10kilogram) itu telah disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang pada Selasa.

Sehubungan itu, Khere Chiang mengucapkan ribuan terima kepada Persekutuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak kerana sudi menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas sekaligus meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati dan menyeru para penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk terus membendung wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment