Rumah Lichong Hangus Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

TUBAU: Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Sebauh telah menerima laporan berkenaan dengan kebakaran sebuah Rumah Panjang Lichong di kawasan Tubau pada pagi Rabu. 

Kejadian yang berlaku pada jam 5:30 pagi itu melibatkan sebuah rumah panjang yang mempunyai 17 pintu. 

Menurut sumber, Rumah Panjang Lichong tidak lagi didiami kerana penghunya telah berpindah ke rumah baharu. 

Bagaimanapun, beberapa barang penghuni masih lagi di dalam rumah panjang tersebut kerana rumah panjang baharu itu belum siap sepenuhnya dan masih dalam pembinaan. 

Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

Hadir meninjau tempat kejadian Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, anggota Bomba dan Penyelamat Sebauh dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).-EDISI UKAS

Share
0

add comment