Seramai 380 Orang Pelajar Divaksinasi Di SMK Santubong

RABU, 8 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan program vaksinasi terhadap seramai 380 orang pelajar berusia 16 hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong pada Rabu.

Penyelaras Program Vaksinasi Remaja SMK Santubong, Dr Syafiq Nasaruddin memaklumkan, program vaksinasi tersebut melibatkan pelajar dari SMK Santubong dan Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

“Hari ini (Rabu) hari pertama program vaksinasi kita yang melibatkan lebih kurang 380 orang pelajar SMK Santubong dan pelajar sekolah seni.

“Ianya adalah program vaksinasi pertama dilancarkan di Sarawak dan juga Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses vaksinasi tersebut berjalan dengan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment