RABU, 8 SEPTEMBER 2021
LIMBANG: Seramai 16 orang warga emas dari Kampung Anak Tuno Limbang telah menerima bantuan makanan daripada Stesen Petronas Limbang.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan Pengurus Stesen Petronas Limbang, Tapan Lidos pada Selasa bagi membantu golongan ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Bantuan ini adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan juga medium Stesen Petronas Limbang untuk mewujudkan hubungan muhibbah melalui aktiviti kemasyarakatan.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Anak Tuno, Julai Tikas merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan inisiatif syarikat swasta seperti Stesen Petronas Limbang itu.-EDISI UKAS