148 Penduduk Terjejas Terima Bantuan Makanan Bakul Permai

KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas meneruskan penyerahan sumbangan makanan berupa Bantuan Bakul Permai kepada 14 penduduk di kawasan Jalan Lawas Damit, Seberang Kedai, Jalan Merapok dan Kuala Lawas pada Rabu. 

Penghantaran telah dilakukan lima anggota JKM Daerah Lawas dan dibantu tiga orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke beberapa buah seperti Kampung Temangis, Gaya Heigh, Luagan, Pengalih, Kerangan, Seberang Kedai, Lakutan, Pemukat, Ladang Baru, Serubaya, Mission, Dato, Noor Islam, Gaya Lama, Ahmad Takong, Gelugus, Batu Dua, Batu Tiga, Batu Empat dan Kampung Pangi. 

Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban penduduk terutama dalam situasi pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment