Pejabat Daerah Telang Usan Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada Pelajar Sekolah Teologi Beto

KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2021

TELANG USAN: Banjir yang berlaku baru-baru ini telah menjejaskan kehidupan seharian penduduk termasuk pelajar Sekolah Teologi Beto.

Sehubungan itu, Pejabat Daerah Telang Usan telah menyerahkan 39 bungkus bantuan makanan kepada Sekolah Teologi Beto pada Rabu. 

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai kepada dua orang guru yang mewakil Sekolah Teologi Beto. 

Beliau berkata, bantuan makanan ini adalah untuk meringankan bebanan pelajar dan kakitangan sekolah keagamaan milik Borneo Evangelical Mission (BEM) yang terjejas akibat banjir. 

Banjir yang berlaku baru-baru ini adalah yang kedua pada tahun ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment