Seramai 267 KIR Di DUN Serembu Yang Dikuarantin Terima Bantuan

KHAMIS, 9 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 267 lagi ketua isi rumah (KIR) yang sedang menjalani kuarantin menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada para penerima menerusi Pusat Khidmat ADUN Serembu yang dilakukan selama tiga hari bermula Isnin lepas.

Penerima sumbangan adalah terdiri dari Kampung Sogoh seramai 21 KIR, Kampung Peninjau Lama (11 KIR), Kampung Batu Spit (114), Kampung Segubang (55 KIR), Kampung Puak (31 KIR) dan Kampung Seromah (35 KIR). -EDISI UKAS

Share
0

add comment