350 Pelajar SMK Sebuyau Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama Di PPV Dewan Pembangunan Sebuyau

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Seramai 350 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau termasuk remaja yang tidak bersekolah berumur 16 hingga 17 tahun menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau pada Jumaat.

Ketua Penyelaras PPV Dewan Pembangunan Sebuyau, Dr. Conceli Bong memaklumkan semua pelajar dan remaja yang hadir ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka untuk menandatangani borang persetujuan vaksin.

“Remaja yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab seperti kuarantin, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakan (PKPD) maka nama mereka akan dikumpul oleh pihak Klinik Kesihatan Sebuyau untuk temujanji yang seterusnya,” jelasnya.

Dr. Conceli menambah, program vaksinasi tersebut dikendalikan oleh Petugas Klinik Kesihatan Sebuyau dengan kerjasama daripada Sukarelawan MyVAC, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, ibu bapa atau penjaga yang hadir mengiringi anak-anak mereka merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha memberikan suntikan vaksin berkenaan bagi mewujudkan imuniti kelompok. –EDISI UKAS

Share
0

add comment