439 Pelajar SMK Selirik Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Kapit

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

KAPIT : Seramai 439 orang remaja yang berumur 16 tahun sehingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selirik pada Khamis.

Penerima vaksin terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMK Selirik.

Program Imunisasi tersebut akan diteruskan secara beperingkat hingga Sabtu ini.

Program tersebut mendapat sambutan yang baik di mana pelajar melihat keperluan pengambilan vaksin merupakan satu perkara yang amat penting.

Selain itu, guru dan pelajar berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka akan lebih selamat jika pelajar telah lengkap divaksin.-EDISI UKAS

Share
0

add comment