59 Penduduk Kampung Kawasan Jalan Lawas Damit Terima Bantuan Makanan PERMAI

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Seramai 59 orang penduduk daripada beberapa buah kampung di Jalan Lawas Damit dan Jalan Punang Lawas menerima bantuan bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada Khamis.

Program yang diadakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas itu telah diagihkan kepada penduduk di Jalan Sloating, Kampung Belimbing, Kampung Batu Jalan Airport, Kampung Belangsat, Sungai Kudong, Bukit Naga, Sungai Bangat, Belipat, Melusok, Gaya Lama, Sahabat Baru dan Kampung Sebangan.

Penyampaian bantuan itu adalah untuk meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan semasa mendepani situasi pandemik COVID-19 pada masa ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment