Ahli Parlimen Lawas Serah Cek Kepada 5 Buah Kampung Dalam Kawasan Awat-Awat

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong telah menyerahkan cek kepada lima buah kampung dalam kawasan Awat-Awat pada Rabu. 

Lima kampung tersebut ialah Kampung Bangsal, Kampung Menengah, Kampung Hujung, Kampung Perpindahan dan Kampung Masjid.

Setiap kampung menerima peruntukan sebanyak RM10,000 dengan jumlah keseluruhan RM50,000. 

Cek-cek ini merupakan peruntukan yang telah dijanjikan dahulu semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II sebelum ini. 

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) setiap kampung yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Lawas dan kerajaan di atas peruntukan yang diterima itu. 

Hadir sama Ketua Kampung Hamid Matusop, Ketua Kampung Pungut@Tamin Tahir dan Ketua Kampung Rakawi Matrais.-EDISI UKAS

Share
0

add comment