Golongan Remaja Di Daerah Belaga Mula Terima Vaksin COVID-19

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

BELAGA : Seramai 244 orang remaja yang berumur 16 tahun sehingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Daerah Belaga pada Khamis.

Penerima vaksin yang melibatkan para pelajar tingkatan 4 pada sebelah pagi manakala pelajar tingkatan 5 pula pada sebelah petang dari SMK Belaga.

Dalam pada itu, penerima vaksin yang belum mencapai umur 18 tahun ke atas hendaklah datang bersama ibu bapa atau penjaga ketika menerima suntikan vaksin tesebut.

Difahamkan, program tersebut akan disambung semula pada keesokkan hari yang akan melibatkan pelajar tingkatan 3, tingkatan 2 dan tingkatan 1 dengan jumlah keseluruhan 371 orang pelajar.

Sehubungan itu, suasana di PPV tersebut di kawal dengan baik dan para penerima sentiasa mematuhi prsedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia