Ketua Menteri Dijangka Lawat PPV Dewan Suarah Sri Aman Esok

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

SRI AMAN: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijangka melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman, pada Sabtu.

Beliau dijangka tiba pada pukul 11 pagi di PPV Dewan Suarah Sri Aman sebelum membuat tinjauan operasi pemvaksinan melibatkan pelajar berusia 16 dan 17 tahun di situ.

Sejurus selepas itu, beliau dijangka melakukan tinjauan ke projek Waterfront Sri Aman pada sebelah tengah hari.

Sementara itu, tinjauan UKAS di PPV Dewan Suarah Sri Aman pada Jumaat mendapati seramai 745 orang pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Kesemua mereka dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu, SMK St Luke dan SMK Sri Aman. -EDISI UKAS

Share
0

add comment