Penduduk Kampung Sileng Melayu & Kampung Sileng Melayu Baru Jalani ACD

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Penduduk Kampung Sileng Melayu dan Kampung Sileng Melayu Baru menjalani Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu pada Jumaat.

Pelaksanaan ACD dijalankan bagi mengenal pasti kes positif COVID-19 di kampung tersebut.

Kedua-dua buah kampung merupakan perkampungan yang melakukan inisiatif sekatan kendiri berikutan peningkatan kes positif di Zon Sileng baru-baru ini. –EDISI UKAS

Share
0

add comment