PKPD: Kilang Permodalan Felda Di Simunjan Kekal Patuh SOP

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

SIMUNJAN: Kilang Permodalan Felda (KPF) yang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 7 September lepas kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dilakukan di kawasan PKPD tersebut yang melibatkan pekerja ladang di kilang tersebut.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan PKPD dan SJR sehingga 20 September ini berjalan dengan lancar. –EDISI UKAS

Share
0

add comment