PKPD: Penduduk Di DUN Bukit Saban Terus Dibantu

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

BUKIT SABAN : Usaha Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas membantu penduduk rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKDP) di DUN Bukit Saban diteruskan pada jumaat.

Beliau yang juga ADUN Bukit Saban menyalurkan sumbangan bantuan makanan melalui pusat khidmatnya kepada 92 ketua isi rumah (KIR) dari tiga buah rumah panjang.

Rumah panjang yang terlibat adalah Rh. Bantan Jerman, Sungai Langit, Layar, Betong, Rh. Tayan Gani, Nanga Penebak, Layar, Betong dan Rh. Budol Simion, Seruai, Spaoh.

Bantuan merupakan tambahan kepada bantuan yang telah disalurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong.

Tuai rumah ketika ditemui menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Amar Douglas Uggah yang prihatin dengan keperluan penduduk semasa menjalani PKPD.-EDISI UKAS

Share
0

add comment