Program Vaksinasi Pelajar Usaha Wujud Sekolah Selamat

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

BINTANGOR: Program vaksinasi pelajar satu usaha mewujudkan keadaan lebih selamat di sekolah yang akan memulakan sesi tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau mahu jumlah pelajar yang mendapatkan vaksin COVID-19 terus dipertingkatkan.

“Kita mahu pelajar diberi suntikan vaksin ini seramai yang mungkin untuk mewujudkan keadaan yang lebih selamat di sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuai UKAS semasa meninjau Program Suntikan Vaksin COVID-19 untuk pelajar beumur 16 hingga 18 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor, pada Jumaat.

Pada Khamis, program tersebut telah menyaksikan kehadiran sebanyak 90 peratus pelajar dari SMK Bandar Bintangor dan SMK Tong Hua.

Datuk Ding juga berharap program yang sama untuk pelajar 12 hingga 15 tahun yang akan diadakan dalam masa terdekat turut mendapat sambutan menggalakkan seperti sebelum ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment