Seramai 371 Remaja Berumur 16 Tahun Sehingga 18 Tahun Terima Suntikan Vaksin COVID-19 di Bintangor

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

BINTANGOR : Seramai 371 orang remaja yang berumur 16 tahun sehingga 18 tahun telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor pada Khamis.

Penerima vaksin kebanyakan dari para pelajar SMK Tong Hua dan SMK Bandar Bintangor secara “walk in”.

Dalam pada itu, penerima vaksin yang belum mencapai umur 18 tahun ke atas hendaklah datang bersama ibu bapa atau penjaga ketika menerima suntikan vaksin tesebut.

Difahamkan, suasana di PPV tersebut di kawal dengan baik dan para penerima sentiasa mematuhi prsedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment